Cerai: Ibu lebih berhak jaga anak
ADA kalanya, perkahwinan yang berakhir dalam suasana pergaduhan menyebabkan berlakunya perebutan hadanah atau penjagaan anak. Dalam keadaan tertentu, ada cubaan untuk memisahkan anak daripada bapa atau ibu dengan menghasut si kecil supaya membenci sebelah pihak lagi.
Peguam Syarie dan Perunding Keluarga Islam, Prof Madya Noor Awang Hamat, menasihatkan pasangan yang bercerai agar tidak menjadikan anak sebagai mangsa kegagalan perkahwinan mereka atau memasukkan elemen ‘benci’ kepada bapa atau ibu masing-masing kerana dendam.
“Apabila bercerai, anak perlu dipelihara seolah-olah tidak berlaku perceraian. Ibu adalah orang yang paling berhak menjaga anak kecil walaupun selepas perceraian. Lelaki hanya di tempat kedua itupun selepas tiada waris perempuan sebelah ibu yang boleh menjaga kanak-kanak terbabit misalnya, nenek sebelah ibu atau sebelah bapa, kakak atau adik perempuan seibu sebapa atau ibu saudara. Kemudian, barulah diikuti dengan bapa,” katanya yang membicarakan tajuk ‘Hak-Hak Selepas Perceraian’.
Hak jagaan akan hilang apabila ibu berkahwin dengan lelaki yang tidak ada pertalian dengan kanak-kanak, yang juga bukan muhrim kepadanya. Ibu yang berkelakuan buruk, murtad dan cuai serta menganiaya kanak-kanak juga akan hilang hak penjagaan. Bagaimanapun, terdapat enakmen yang melindungi hak wanita ini.
Hak juga akan hilang sekiranya ibu yang berpindah tempat tinggal dengan tujuan menghalang bapa kanak-kanak itu dari menziarahi mereka melainkan ibu itu membawanya pulang ke kampung atau tempat lahirnya.
“Penjagaan tamat bila kanak-kanak berumur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan. Tempoh boleh dilanjutkan atas kebenaran mahkamah iaitu sembilan tahun untuk lelaki dan 11 tahun untuk perempuan. Bagi kanak-kanak mumaiyyiz (boleh membezakan baik dan buruk), mereka diberi pilihan untuk bersama ibu atau bapanya,” katanya.
Menyentuh mengenai harta sepencarian pula, Noor Awang berkata, harta sepencarian boleh dibahagikan dengan persetujuan kedua pihak tanpa perlu membuat tuntutan di mahkamah. Ini kerana, mahkamah biasanya mengambil masa lama untuk menyelesaikannya.
“Daripada sepuluh kes, hanya tiga atau empat saja yang diselesaikan oleh mahkamah selebihnya diselesaikan pasangan sendiri. Proses tuntutan harta ada kalanya rumit dan memakan masa sehingga 10 hingga 20 tahun. Jadi, lebih baik diselesaikan di luar mahkamah dengan persetujuan kedua pihak,” katanya.
Beliau berkata, harta sepencarian adalah adat Melayu yang diberi pengiktirafan oleh hukum syarak. Tiada dalil khusus dari nas Al-Quran dan sunnah mengenainya tetapi terdapat firman Allah swt dalam surah Al-Nisa bermaksud, ‘bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang diusahakan dan bagi perempuan bahagian daripada yang diusahakan’.
Oleh MOHD. YUSOF ABAS
SOALAN: SAYA mempunyai dua isteri dan apabila berlaku perkelahian dengan salah seorangnya, saya melarikan diri kepada yang seorang lagi dan begitulah sebaliknya. Apa hukumnya perbuatan saya itu?
– Mahadi Mohamed,
Jeli, Kelantan.
JAWAPANNYA: Pada hakikatnya agama kita menghalalkan kahwin ramai sehingga empat orang bagi mereka yang tertentu sahaja iaitu bagi yang dapat memenuhi segala syaratnya. Syarat utamanya ialah perlu berlaku adil dan saksama di kalangan para isteri tersebut dalam segala urusan yang lahir, sebagaimana firman-Nya bermaksud: Kahwinilah siapa yang kamu ingini dari kalangan wanita dua tiga empat dan sekiranya kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di kalangan mereka) maka satu (sahaja) (surah an-Nisaa ayat 3).
Ada orang yang mentafsirkannya mengikut seleranya. Menurut mereka, kita kena kahwin dulu baru tahu dapat berlaku adil atau tidak. Bagi kita sudah memadai dengan pertimbangan akal masing-masing, adakah dapat berlaku adil atau tidak sekalipun tanpa mencubanya, kerana kalau sudah mencubanya dan didapati tidak berlaku adil, maka pasti dosanya akan ditanggungnya. Jadi terpulang kepada pertimbangannya mengenai syarat keadilan tersebut sama ada dapat dilakukan atau tidak.
Anda tidak dibenarkan keluar rumah isteri dan meninggalkannya sebelum tamat gilirannya. Dan kalau anda keluar juga sebelum tamat gilirannya, maka anda telah melakukan dosa atau penderhakaan terhadap isteri anda sedangkan anda tidak dibenarkan melakukan sebarang kesalahan untuk memperbaiki kesalahan yang sama. Anda dinasihatkan supaya tidak kahwin dua atau lebih. Ini kerana anda tidak dapat memenuhi syarat utama dalam berpoligami. Wallahualam.

Hukum lari dari isteri

Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri
Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
JAWAPAN:
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.
Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.
Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.
Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.
No comments:
Post a Comment