Sepetang di Gunung Lang

Sepetang di Gunung Lang

Friday, May 6, 2011

Di Sebalik debar Malam Pertama

Malam pertama adalah malam yang paling dinantikan oleh setiap pasangan pengantin baru.Satu pengalaman yg selama ini hanya mereka dengar atau baca dari buku atau sumber lain,kini benar-benar akan mereka alami sendiri.

Pasangan muda khususnya gadis kebanyakkannya belum mengetahui apa yang harus dilakukan saat menghadapi malam pertama .Mereka biasanya takut dan membayangkan rasa sakit ketika melayari malam pertama .

Perkara sebaliknya pula dirasakan oleh si teruna,dlm debar mereka biasanya tidak sabar utk mengalami sendiri peristiwa yg akan diingati seumur hidup.Sikap terburu-terburu pada malam pertama tanpa memikirkan perasaan pasangan mampu menghilangkan nikmat yg sepatutnya dirasai bersama pada malam pertama pengantin baru berlangsung dgn penuh nikmat, beberapa perkara harus diberi perhatian.



Persiapan Fizikal

Sudah siap sediakah keadaan fizikal anda utk menghadapi malam pertama. Khususnya kaum wanita.Pengantin perempuan biasanya lebih penat memandangkan selalunya mereka tidur lewat sehari sebelum majlis perkhawinan berlangsung dan harus bangn awal utk persiapan hari perkhawinan.

Maka ada baiknya jika sang suami melihat dan bertanyakan keadaan fizikal isterinya sebelum melakukan’aktiviti’. Malam pertama tidak semestinya harus dijalani pada malam sesudah majlis perkhawinan,sekiranya pasangan kepenatan,apa salahnya menunggu keesokan harinya, Setelah keduanya sudah bersedia laluilah malam pertama.

Persiapan Mental

Bagaimana dgn persiapan mental dan psikologi anda? Apakah anda sudah benar-benar siap sedia utk malam itu? Sering kali kenikmatan malam pertama tidak dapat dirasakan dengan maksimal kerana ketidaksediaan mental dan psikologi dari pasangan pengantin baru.

Jika ada salah seorang daripada anda belum sedia secara mental dan psikologi maka seeloknya berterus terang supaya keduanya bahagia dengan malam pertama yg bakal dilalui.

Cukupkah Ilmu Di Dada?

Hubungan suami isteri bagi pengantin baru adalah bidang baru yg perlu dipelajari lebih lanjut.Ibarat anda akan ke satu destinasi. Kalau sebelum sampai,anda hanya mendengar,kali ini anda akan melihat sendiri tempat tersebut.

Jadi sebaiknya bekalkan diri anda dengan pengetahuan yg memandai tentang hal ini. Pengetahuan ini akan memberi panduan utk melakukannya dengan betul dan seterusnya mencapai kepuasan. Suami harus tahu bahawa isterinya memiliki respons yg berbeza. Lelaki jauh lebih mudah terangsang, sedangkan wanita memerlukan waktu yg lebih lama.sekiranya suami mengetahui hal ini nescaya mereka tidak akan terburu-buru.

Tahu Bahagian Tubuh Yang Sensitif

Apakah anda telah tahu tentang ‘errogenous zone’(bahagian tubuh yg sensitive terdadap rangsangan) pada diri anda dan pasangan? Pengetahuan tentang hal ini akan memudahkan suami memahami sama ada isterinya sudah bersedia atau tidak.Namun bagi isteri utk mengetahui apakah suaminya telah bersedia atau belum tantu jauh lebih mudah,bukan?

Jangan Makan Berlebihan

Saranan ini lebih ditujukan kepada pengantin lelaki. Sebelum menikmati malam pertama sebaiknya anda jangan makan terlalu banyak (terlalu kenyang). Jika anda makan terlalu banyak maka akan terjadi adalah sebahagian besar darah akan berkumpul dibahagian perut anda utk membantu proses percernaan makanan.akibatnya anda tidak akan mencapai ‘ketegangan’ yg dikehendaki dan seterusnya yg membuatkan anda dan pasangan tidak mencapai kepuasan dalam hubungan seksual.

Tinggalkan Kenangan Yang Indah

Peristiwa di malam pertama akan meninggalkan kesan yg mendalam.Ia akan menjadi kenangan indah buat pasangan suami isteri.Untuk itu,pastikan anda melakukannya dengan penuh kelembutan dan tatatertib supaya yg ditinggalkan adalah kenangan indah semuanya .


*info dari Seri Kasih*

http://intim.wordpress.com/category/kaunseling-agama/page/19/

http://intim.wordpress.com/category/kaunseling-agama/page/19/

Cerai: Ibu lebih berhak jaga anak


ADA kalanya, perkahwinan yang berakhir dalam suasana pergaduhan menyebabkan berlakunya perebutan hadanah atau penjagaan anak. Dalam keadaan tertentu, ada cubaan untuk memisahkan anak daripada bapa atau ibu dengan menghasut si kecil supaya membenci sebelah pihak lagi.
Peguam Syarie dan Perunding Keluarga Islam, Prof Madya Noor Awang Hamat, menasihatkan pasangan yang bercerai agar tidak menjadikan anak sebagai mangsa kegagalan perkahwinan mereka atau memasukkan elemen ‘benci’ kepada bapa atau ibu masing-masing kerana dendam.
“Apabila bercerai, anak perlu dipelihara seolah-olah tidak berlaku perceraian. Ibu adalah orang yang paling berhak menjaga anak kecil walaupun selepas perceraian. Lelaki hanya di tempat kedua itupun selepas tiada waris perempuan sebelah ibu yang boleh menjaga kanak-kanak terbabit misalnya, nenek sebelah ibu atau sebelah bapa, kakak atau adik perempuan seibu sebapa atau ibu saudara. Kemudian, barulah diikuti dengan bapa,” katanya yang membicarakan tajuk ‘Hak-Hak Selepas Perceraian’.
Hak jagaan akan hilang apabila ibu berkahwin dengan lelaki yang tidak ada pertalian dengan kanak-kanak, yang juga bukan muhrim kepadanya. Ibu yang berkelakuan buruk, murtad dan cuai serta menganiaya kanak-kanak juga akan hilang hak penjagaan. Bagaimanapun, terdapat enakmen yang melindungi hak wanita ini.
Hak juga akan hilang sekiranya ibu yang berpindah tempat tinggal dengan tujuan menghalang bapa kanak-kanak itu dari menziarahi mereka melainkan ibu itu membawanya pulang ke kampung atau tempat lahirnya.
“Penjagaan tamat bila kanak-kanak berumur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan. Tempoh boleh dilanjutkan atas kebenaran mahkamah iaitu sembilan tahun untuk lelaki dan 11 tahun untuk perempuan. Bagi kanak-kanak mumaiyyiz (boleh membezakan baik dan buruk), mereka diberi pilihan untuk bersama ibu atau bapanya,” katanya.
Menyentuh mengenai harta sepencarian pula, Noor Awang berkata, harta sepencarian boleh dibahagikan dengan persetujuan kedua pihak tanpa perlu membuat tuntutan di mahkamah. Ini kerana, mahkamah biasanya mengambil masa lama untuk menyelesaikannya.
“Daripada sepuluh kes, hanya tiga atau empat saja yang diselesaikan oleh mahkamah selebihnya diselesaikan pasangan sendiri. Proses tuntutan harta ada kalanya rumit dan memakan masa sehingga 10 hingga 20 tahun. Jadi, lebih baik diselesaikan di luar mahkamah dengan persetujuan kedua pihak,” katanya.
Beliau berkata, harta sepencarian adalah adat Melayu yang diberi pengiktirafan oleh hukum syarak. Tiada dalil khusus dari nas Al-Quran dan sunnah mengenainya tetapi terdapat firman Allah swt dalam surah Al-Nisa bermaksud, ‘bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang diusahakan dan bagi perempuan bahagian daripada yang diusahakan’.

Hukum lari dari isteri


Oleh MOHD. YUSOF ABAS
SOALAN: SAYA mempunyai dua isteri dan apabila berlaku perkelahian dengan salah seorangnya, saya melarikan diri kepada yang seorang lagi dan begitulah sebaliknya. Apa hukumnya perbuatan saya itu?
– Mahadi Mohamed,
Jeli, Kelantan.
JAWAPANNYA: Pada hakikatnya agama kita menghalalkan kahwin ramai sehingga empat orang bagi mereka yang tertentu sahaja iaitu bagi yang dapat memenuhi segala syaratnya. Syarat utamanya ialah perlu berlaku adil dan saksama di kalangan para isteri tersebut dalam segala urusan yang lahir, sebagaimana firman-Nya bermaksud: Kahwinilah siapa yang kamu ingini dari kalangan wanita dua tiga empat dan sekiranya kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di kalangan mereka) maka satu (sahaja) (surah an-Nisaa ayat 3).
Ada orang yang mentafsirkannya mengikut seleranya. Menurut mereka, kita kena kahwin dulu baru tahu dapat berlaku adil atau tidak. Bagi kita sudah memadai dengan pertimbangan akal masing-masing, adakah dapat berlaku adil atau tidak sekalipun tanpa mencubanya, kerana kalau sudah mencubanya dan didapati tidak berlaku adil, maka pasti dosanya akan ditanggungnya. Jadi terpulang kepada pertimbangannya mengenai syarat keadilan tersebut sama ada dapat dilakukan atau tidak.
Anda tidak dibenarkan keluar rumah isteri dan meninggalkannya sebelum tamat gilirannya. Dan kalau anda keluar juga sebelum tamat gilirannya, maka anda telah melakukan dosa atau penderhakaan terhadap isteri anda sedangkan anda tidak dibenarkan melakukan sebarang kesalahan untuk memperbaiki kesalahan yang sama. Anda dinasihatkan supaya tidak kahwin dua atau lebih. Ini kerana anda tidak dapat memenuhi syarat utama dalam berpoligami. Wallahualam.


Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri


Apakah hukum seorang suami gemar menghisap payu dara isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama, saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.
JAWAPAN:
Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.
Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.
Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.
Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.
Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.
Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.
Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.
Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.
Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.
Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.
Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.
Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.

Tuesday, April 12, 2011

Past Signs Of Judgement Day

"Are they waiting for anything except the Hour, to come to them  suddenly?  But its Signs have already come!" (Al-Qur’an, Surah Muhammad)

 Past

1. Splitting of the Moon.
2. Death of the Prophet Muhammad, may Allah bless him and grant him peace.
3. A form of death which will kill thousands of Muslims. (Understood to refer to the plague of Amwas during the
caliphate of ‘Umar ibn al-Khattab.)

4. A major fighting in Madinah (understood to refer to the battle of al-Harrah during the caliphate of Yazid, 63 AH).
5. The Muslim conquest of Jerusalem.
6. The Muslim conquest of Constantinople.
7. Two large groups of Muslims will fight in war.
8. A war between the Muslims and a reddish people with small eyes, wearing sandals made of hair (understood to refer to
the Mongol Tatar invasion of the Islamic lands.)

9. A peace agreement between the Muslims and non-Muslims from the yellow race (Chinese, Mongols, etc.)
10. Thirty impostors (dajjal) will appear, each thinking he is a prophet.

Present Signs Before Judgement Day

Present?


11. Naked, destitute, barefoot shepherds will compete in building tall buildings.
12. The slave-woman will give birth to her master or mistress.
13. A trial (fitnah) which will enter every Arab household.
14. Knowledge will be taken away (by the death of people of knowledge), and ignorance will prevail.
15. Wine (intoxicants, alcohol) will be drunk in great quantities.
16. Illegal sexual intercourse will become widespread.
17. Earthquakes will increase.
18. Time will pass more quickly.
19. Tribulations (fitan) will prevail.
20. Bloodshed will increase.
21. A man will pass by the grave of another and wish he was in the latter’s place.
22. Trustworthiness will be lost, i.e. when authority is given to those who do not deserve it.
23. People will gather for prayer, but will be unable to find an imam to lead them.

Final Signs Of Judgement day

Future




24. The number of men will decrease, whilst the number of women will increase, until for every man there are 50 women.
25. The Euphrates will reveal a treasure of gold, and many will die fighting over it, each one hoping to be the one who gains
the treasure.

26. The Romans (Europeans) will come to a place called A’maq or Wabiq, and an army of the best people will go forth from Madinah to face them.
27. The Muslim conquest of Rome.
28. The Mahdi (guided one) will appear, and be the Imam of the Muslims.
29. Jesus Christ will descend in Damascus, and pray behind the Mahdi.
30. Jesus will break the cross and kill the swine, i.e. destroy the false christianity.
31. The Antichrist (al-masih al-dajjal, the false christ) will appear, with all his tools of deception, and be an immense trial.  He will be followed by 70,000 Jews from Isfahan (present-day Iran).
32. The appearance of Ya’juj and Ma’juj (Gog and Magog), and the associated tribulations.
33. The emergence of the Beast from the Earth, carrying the Staff of Moses and the Seal of Solomon, who will speak to the people, telling them they did not believe with certainty in the Divine Signs.
34. A major war between the Muslims (including Jews and Christians who truly believe in Jesus after his return) led by the Imam Mahdi, and the Jews plus other non-Muslims led by the Antichrist. 
35. Jesus will kill the Antichrist at the gate of Ludd (Lod in present-day Israel, site of an airport and a major Israeli military base).
36. A time of great peace and serenity during and after the remaining lifetime of Jesus. 
37. Wealth will come so abundant that it will become difficult to find someone to accept charity.
38. Arabia will become a land of gardens and rivers.
39. Society will then decay.
40. The buttocks of the women of the tribe of Daws will again sway in circumambulation (tawaf) around the idol Dhul-Khulsah.
41. A great fire in the Hijaz, seen by the inhabitants of Busra.
42. Three major armies will sink into the earth: one in the east, one in the west, one in Arabia.
43. An Abyssinian leader with thin shins will destroy the Ka’bah.
44. The huge cloud of smoke.
45. The sun will rise from the west (its place of setting).
46. A gentle wind which will take the souls of the believers.
47. There is no-one left on the earth saying, "Allah, Allah" or "There is no god except Allah."
48. Eventually the Day of Judgment is established upon the worst of the people, who copulate like donkeys in public.
49. The blowing in the Trumpet by the Angel Israfil, upon which everyone will faint except as Allah wills.
50. The second blowing in the Trumpet, upon which everyone will be resurrected.

Saturday, April 9, 2011

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam by Drzubaidi HjAhmad on Friday, 08 April 2011 at 19:47

47 produk mengandungi bahan beracun disenarai hitam

by Drzubaidi HjAhmad on Friday, 08 April 2011 at 19:47
KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan disenarai hitam kerana dikesan mengandungi bahan kimia beracun termasuk steroid yang boleh memudaratkan pengguna.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan Kementerian Kesihatan, Mazlan Ismail, berkata kebanyakan pengeluar apabila mahu mendaftarkan produk mereka dengan kementerian, akan memberikan sampel yang mengandungi kandungan produk herba.

“Bagaimanapun, selepas mendapat kelulusan, secara sembunyi mereka mencampurkan produk itu dengan bahan memudaratkan bagi memberi kesan segera kepada pengguna, sebelum diedarkan di pasaran,” katanya kepada Berita Minggu.

Katanya, ada pengguna meninggal kerana menggunakan produk ini dan dikhuatiri ramai mendapat penyakit kronik, termasuk gila jika memakan campuran bahan berkenaan secara sesuka hati tanpa pengetahuan dan nasihat doktor.

Beliau berkata, syarikat pengeluar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit setiap bulan berikutan permintaan yang tinggi daripada pengguna apabila melihat kesan segera apabila menggunakan produk itu.

Antaranya ialah 12 produk pelangsing badan yang dicampur bahan aktif sibutramine untuk mengurangkan selera makan; 17 produk kosmetik dicampur bahan pemutih hydroquinone dan tretinoin serta 18 produk tradisional dicampur dengan steroid dan antihistamine.

“Produk ini terkenal dan mendapat permintaan tinggi di pasaran, walaupun harganya mahal dengan pengeluar mencatat keuntungan jutaan ringgit setiap bulan.

Mazlan yakin masih banyak produk sedemikian dijual di pasaran, walaupun pelbagai tindakan penguatkuasaan dilakukan termasuk merampas dan menggantung lesen syarikat pengeluar terbabit.

Beliau berkata, produk itu banyak dijual di toko jamu, kedai ubat tradisional dan syarikat jualan langsung.

“Produk beracun ini mudah dikenal pasti menerusi iklan dan tuntutan yang meragukan serta menarik perhatian,” katanya.

Katanya, nilai rampasan setiap produk itu juga tinggi dan meningkat setiap tahun dengan produk pelangsing RM966,871 bagi 2007; RM858,522 (2008); RM1,136,004 (2009) dan RM1,047,592 (sehingga Jun ini).

Mereka yang bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Racun 1952 yang mengenakan denda minimum RM5,000, manakala bagi Akta Jualan Dadah, denda maksimum RM50,000.

INFO
Produk disenarai hitam Kementerian Kesihatan

Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
# Kintop
# Body Beaus
# BMI-9 Xylimming Capsule
# Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
# Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
# Obexlim
# Slimax Coffee
# Beaute Fit Body Contour
# Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
# 357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
# Makjun Taufiq Dua Istimewa
# Majun Dua Istimewa
# Ginseng Jin Fui Wan
# Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
# Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
# Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
# Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
# Makjun Syafiq 3 Istimewa
# Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
# Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
# Eriesya Spa Beauty Cream
# Atika Beauty Renewal Cream
# Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
# Ratna Sari Whitening Night Cream
# Tia Amelia Krim Jeragat
# Chantique Whitening Night Cream
# RZAC White Pearl Cream
# Nuriz Day and Night Cream
# Elite Rias Er Cream
# R&Z Whitening Night Cream
# Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
# Pigmentation Recovery Complex
# Zara Rejuvenation Cream
# Natasya Krim Herba Gold
# De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine
# Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
# Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
# Qian Tong Dan
# Raja Ubat Resdung
# Coral Plus UA 350MG

http://penpasksgb.blogspot.com/2010/08/idam-nak-cantik-jadi-gila.html

Wednesday, April 6, 2011

Tanda - tanda kecil hari kiamat (versi slow)

Famous American Muslims - Dont be Shocked !

Tanda-Tanda Akhir Menjelangnya Hari Kiamat

Firman Allah SWT :

"Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka,maka kami pun membuka pintu kesenangan dunia untuk mereka merasa gembira sehingga khayal dan lupa dengan apa yang telah diberikan lalu ketika itu kami siksa mereka dengan tiba-tiba dan ketika itu mereka tidak mampu berbuat apa-apa lagi"
Surah Al-An'Am

Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Hari Kiamat pasti akan datang, tidak ada keraguan tentangnya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.”
(Ghafir: 59).

Tanda-tanda Akhir Menjelangnya Hari Kiamat :


Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda :

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr(Arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki.” (HR Bukhari)

Rasulullah S.A.W telah bersabda :

,” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan.Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina,orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang dimasjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq”

 Berkata Ali bin Abi Talib:

"Akan datang di suatu masa di mana Islam itu hanya akan tinggal namanya saja,agama hanya bentuk saja, Al-Qur’an hanya dijadikan bacaan saja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut AsmaAllah. Orang-orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga.Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat.”

1) Banyaknya gempa bumi serta bencana alam yang besar berlaku
2) Akan berlaku pergolakan serta peperangan di tanah arab
3) Maksiat berlaku berleluasa
4) Fitnah berlaku berleluasa
5) Banyaknya perceraian yang berlaku yang dituntut oleh kaum hawa
6) Lahirnya ramai anak-anak zina dari perbuatan mungkar serta perkahwinan yang tidak sah.
7) Turunnya Imam Mahadi selepas kemunculan Dajjal
8) Keluarnya suku kaum yakjuj dan makjud dari perut bumi
9) Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
10) Turunnya Nabi Isa as
11) Munculnya nabi palsu yang ke 40.
12) Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.(Al-Quran akan diangkat ke langit sepenuhnya,sehinggakan ,tiada sepotong ayat pun akan ditinggalkan baik dalam bentuk memori atau cetakan serta ingatan/hafalan ayat-ayat al-quran akan dihilangkan)
13) Matahari terbit dari ufuk barat menandakan penutupan pintu taubat serta keampunan.(Tidak diterima lagi taubat2 serta keampunan kepada ALLAH SWTselepas kejadian ini berlaku)
14) Runtuhnya Kaabah dan huru-hara di Mekah/Madinah
15) Terdengar tiupan sangkakala pertama,iaitu hari kiamat.(Sebelum tiupan sangkakala kedua ditiup dan manusia     semua akan dihidupkan dan dihimpunkan di padang Masyar untuk hari pengadilan dan penentuan)



http://www.youtube.com/watch?v=Ggr24veooGY 

Friday, March 18, 2011

Kisah tok batin...

Maka tersebut lah kisah seorang Tok Batin nie yang banyak membantu Kerajaan Malaysia dalam mempromosikan barangan buatan tangan dikalangan masyarakat orang-orang asli di Malaysia semasa promosi Tahun Melawat Malaysia pada Sukan Komanwel satu masa lalu. Maka Tok Batin nie dapat ler anugerah serta wang tunai RM500. Maka dipendekkan cerita, suatu hari Tok Batin nie yang tak pernah keluar dari kampung lamannya sejak kecil lagi ingin pergi ke pekan berjalan-jalan dengan berbelanja disebabkan dapat duit RM500 tu la....... 
Maka pada suatu pagi bersiap-siap ler Tok Batin nie dengan kemasnya... lalu diambilnya selipar jepunnya yang disimpan dalam almari tu sejak dulu lagi (memang tak pernah pakai.... biasa berkaki ayam je..) Lalu berjalan ler Tok batin keluar dari hutan bila sampai je kat hentian bas..... Tok Batin cuba kontrol macho.... lalu bertanya pada seorang pemuda yang sama-sama tunggu bas kat situ, "Bas perghi pekan dah syampai.....?" Konon-konon macam dah biasa ler naik bas tu.... "Sekejap lagi sampai ler tu.....", sahut pemuda tu selamba. Apabila bas sampai Tok Batin menyuruh semua orang naik dulu,sebab dia kelam kabut sikit... maklum ler first time naik bas. Last sekali dia naik terus duduk depan kat sebelah konduktor. "Tok Batin nak gi maner....?", mat konduktor sure kenal tu mesti org asli dari cara dia berpakaian. " Aaaa..... nak perghi pekan ler.... nak tenghok citer Hindustan..", jawabTok selamba.... lepas membayar tambang Tok Batin tak bergerak-gerak lagi disebabkan rasa ngeri naik bas dah ler first time, laju pulak tu. Apabila sampai aje di pekan... konduktor memberi tahu penumpang, "OK dah sampai turun pelan-pelan.....!" Maka Tok Batin yang dari tadi dah terbeliak matanya naik bas laju... terus bangun.. dan tetiba je kat tangga bas tu dia tak jadi turun mukanya cemas... Bila konduktor tu nampak Tok Batin tak turun-turun lalu dia bertanya, "Hah. Tok.... apasal pulak tu........?" Dengan nada marah Tok Batin tu jawab, "Mana shelipar aku..... tadi aku naik aku taruk kat bawah tangga nie....... sapha kebassshh sheliparr aku.........!!"

Anak yang Baik...

Dua orang wanita yang sudah lama tidak berhubung akhirnya bertemu di sebuah pasar.. Mereka masing-masing bercerita tentang keluarganya.... 
Wanita 1: "Aku ada seorang anak lelaki yang kelakuannya sangat sempurna" 
Wanita 2: "Apakah dia merokok?" 
Wanita 1: "Oh, tidak!...tidak sama sekali!" 
Wanita 2: "Dia kekadang minum bir?" 
Wanita 1: "Oh, tidak! Dia anak yang baik-baik" 
Wanita 2: "Dia kuat bersosial... dan selalu pulang larut malam ke rumah?" 
Wanita 1: "Tidak pernah sama sekali! Namanya juga anak terbaik dalam keluarga" 
Wanita 2: "Wah, nampaknya dia betul-betul anak lelaki yang sempurna, berapa usianya?" 
Wanita 1: "Minggu depan akan genap usianya enam bulan!"
Pesakit Jiwa dan Pilot Satu hari, 

seorang pilot telah di tugaskan utk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yg baru dgn menaiki kapal terbang yg akan di pandunya. Pada keesokan hari, spt yg dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat2 di dlm kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yg hanya mendiamkan diri. Tiba2 kapal terbang yg mereka semua naiki bergegar akibat 29 pesakit yg melompat2 itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yg bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan2nya supaya berhenti bermain. 5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yg pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dlm sekelip mata..? Apa yg kau bagi tau sama kawan2 kau itu?". Pesakit itu pun manjawab "Saya bagi tau kat kawan2 saya.....
kalau nak melompat2............pergi main kat luar!!!!
Pancing
"Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok.. Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya... Badul : "Pakcik ni memancing untuk apa?" Atok : "Untuk makan" Badul : "Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja.." Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje... Sambil makan si Badul bertanya.. Badul : "Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?" Atok : "Oh ada" Badul : "Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?" Atok : "Kamu yang kelima""